7 Langkah Memilih Kontraktor Bina Rumah 2021

Pemilihan kontraktor adalah amat penting sekali di dalam mana-mana projek pembinaan. Tiada jaminan sesebuah syarikat kontraktor itu pasti tiada masalah. Apa yang boleh kita buat hanyalah mengurangkan risiko dalam pemilihan kita.

Sekiranya anda menggunakan khidmat arkitek, anda bolehlah meminta arkitek anda membuat pemilihan kontraktor bagi pihak anda. Mereka akan menyediakan dokumen tender dimana di dalam dokumen tender tersebut mempunyai lukisan pelan yang lengkap serta BQ untuk kontraktor mengirakan sebutharga untuk rumah anda.

Sekiranya anda menggunakan kontraktor design & build, biasanya anda tidak dapat membuat perbezaan harga dengan tepat. Ini kerana spesifikasi ditentukan oleh mereka mengikut budget anda.

Langkah #1

Mempunyai Maklumat Perniagaan

Cari minimum 3 kontraktor dan minta mereka menyediakan profil syarikat pastikan mereka mempunyai

  • Akuan pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Akuan Pendaftaran CIDB yang masih belum tamat tempoh.

Pastikan mereka mudah dihubungi, mempunyai premis perniaggaan, laman web, fb dan sebagainya.

Mempunyai mempunyai senarai projek yang telah mereka lakukan. Sekiranya anda mahu membina rumah pastikan mereka pernah membina rumah.

Langkah #2

Keupayaan Kewangan

Sebaiknya anda meminta kontraktor anda 3 bulan bank statement syarikat mereka . Ini adalah sebagai menentukan keupayaan kewangan syarikat kontraktor terbabit tidak mempunyai masalah aliran tunai untuk membina rumah anda.

Sekiranya kontraktor tersebut mempunyai aliran tunai yang baik peratusan kemungkinan pembinaan anda mempunyai masalah tersangkut ditengah jalan akan berkurangan.

Langkah #3

Bonus Jika Ada Fasiliti Kredit

Fasiliti kredit ini hanya sebagai bonus. Fasiliti kredit adalah fasiliti yang biasanya diberikan oleh pembekal kepada kontraktor atas dasar percaya.

Sekiranya kontraktor anda mempuyai kredit fasiliti dari pembekal juga boleh dipertimbangkan sebagai salah satu sumber kewangan sebagai sokongan kepada bank statement mereka.

Langkah #4

Rekod Kerja Yang Lepas Yang Cemerlang

Memastikan rekod dan pengalaman kerja yang lepas amat penting sekali. Ini kerana ada kontraktor mempunyai kepakaran dalam membuat renovation manakala ada yang pakar dalam membuat pembinaan rumah.

Sekiranya anda ingin membina rumah pastikan kontraktor yang anda pilih hendaklah pernah membina rumah sebelum ini. 

Pastikan mereka tiada rekod terbengkalai yang berpunca dari kontraktor.

Langkah #5

Referance / Rekomendasi / Testimonial

Minta kontraktor anda memberikan 2 referance pelanggan yang pernah menggunakan mereka.

Rekomendasi dari keluarga ada atau kawan-kawan anda pernah menggunakan khidmat mereka juga boleh dijadikan sebagai bonus dalam pemilihan.

Lihat diwebsite mereka sekiranya mereka mempunyai testimonial pelanggan sebelum ini.

Tetapi ingat ini bukanlah jaminan 100% bahawa mereka amat boleh dipercayai.

Langkah #6

Sebuharga Yang Terperinci

Anda hendaklah memintak bakal kontraktor anda menyediakan sebutharga yang lengkap dan terperinci. Sebutharga hendaklah mempunyai spesifikasi barang yang digunakan oleh mereka. 

Sebaiknya dapatkan nasihat dari sahabat anda yang terlibat di dalam industri pembinaan. Ini kerana pada masa ini terdapat banyak pembinaan yang menggunakan kaedah IBS dan kadangkala bukan semuanya berkualiti jadi pastikan mendapat nasihat pada yang arif.

Di dalam sebutharga tersebut pastikan juga masa yang diambil dalam menyiapkan rumah anda. Serta tempoh jaminan yang diberikan oleh mereka. 

Sekiranya anda menggunakan khidmat arkitek mereka akan menyediakan Pelan, spesifikasi & BQ untuk anda beri kepada kontraktor anda membuat sebut harga berdasarkan spesifikasi anda. 

Langkah #7

Interview

Sebelum anda mengadakan temuramah pastikan anda minta mereka membawa sample barang dan katalog yang akan mereka gunakan untuk membina rumah anda.

Interview ini adalah untuk anda bertanyakan perkara yang berkaitan sebutharga itu tadi.

  • Harga
    Tanyakan kenapa harga mereka mahal atau kenapa harga mereka murah dari yang lain. Anda juga boleh bertanya berkenaan apa yang tidak termasuk dalam harga tersebut.
  • Bahan Binaan
    Apakah bahan binaan yang mereka gunakan. Pastikan apa yang mereka katakan mempunyai sample atau katalog. 
  • Masa
    Brapa lama mereka ambil untuk membina rumah anda.
  • Jaminan
    Brapa lama jaminan yang mereka berikan dan apa yang termasuk dalam jaminan serta denda jika berlaku kelewatan yang berpunca daripada kontraktor.

Oleh kerana pelaburan membina rumah di atas tanah sendiri ini adalah pelaburan yang besar ambilah masa secukupnya untuk berfikir. Buatlah checklist  untuk membuat perbandingan kontraktor-kontraktor tersebut dan nilailah menggunakan akal. 

Pastikan mereka mempunyai dokumen yang lengkap seperti yang diminta.

Pastikan anda tidak terperangkap dengan sebutharga termurah. Ini kerana ada kemungkinan kesalahan dalam pengiraan atau mereka menggunakan bahan dari kualiti yang rendah.

Kewangan adalah faktor yang penting dalam pemilihan. Ini adalah bagi mengelakan projek anda terhenti ditengah jalan tetapi ini tidak bermakna anda boleh melewatkan pembayaran kemajuan kerja.

Sejarah kerja yang panjang juga penting dalam menentukan kebolehan mereka dalam mengurus projek dan menguruskan pekerja.

Sebaiknya ada testimonial dari pelanggan sebelum. Namun begitu ini bukan faktor utama dalam pemilihan.

Akhir kata dari kami selamat berjaya membina rumah idaman anda.

Artikel Berkaitan

Elementor #26898

Lantai SPC: Pilihan Terbaik untuk Rumah Anda Lantai SPC (Solid Polymer Composite) kini menjadi pilihan utama di Malaysia. Ia menawarkan ketahanan, keindahan, dan kemudahan pemasangan.

Read More »

Kami terbuka, berkolaborasi, dan menggunakan pengalaman kolektif, reka bentuk dan kepakaran teknikal kami untuk merekabentuk senibina yang bermakna dan menarik untuk semua medium.

Kami merangkul cabaran baru dengan hati terbuka, rasa lapar untuk belajar, dan semangat untuk menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan.

Popular Post

Your Ads Here

Want to put your ads contact us

Compare listings

Compare