9 Punca Kegagalan Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Pernahkah anda terfikir macam mana mereka berjaya membina rumah impian di atas tanah sendiri?

Anda pasti boleh lakukan.

Ini kerana blog yang anda sedang baca sekarang mempunyai maklumat yang lengkap bagaimana membina rumah di atas tanah sendiri.

Nak tau lebih lanjut?

Kami telah bekerja berada di dalam industri pembinaan lebih dari 20 tahun. Pelbagai masalah yang kami lalui ada masa seperti dipermainkan dan paling teruk ditipu.

Panduan ini akan mengelakan anda daripada membuat kesilapan. Laluan anda bukan hanya lebih mudah tetapi lebih selamat.

Langkah #1

Periksa Geran Anda

Sekiranya anda ingin membina rumah di atas tanah sendiri pastikan geran tanah atas nama anda atau nama isteri anda sekiranya ingin membuat pinjaman.

Status geran tanah hendaklah berstatus guna tanah adalah bangunan sekiranya hendak membina rumah.

Tapak rumah mestilah mempunyai jalan masuk. Sekiranya tiada, hendaklah membuat serahan jalan kepada PBT.

Langkah #2

Pembiayaan

Anda haruslah mengetahui kelayakan pinjaman anda sekiranya anda bercadang untuk membuat pinjaman. Sebaiknya anda hendaklah pergi ke bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dari bank tentang kelayakan pinjaman anda. 

Sekiranya anda penjawat awam anda boleh membuat pinjaman LPPSA untuk membeli tanah & membina rumah

Langkah #3

Melantik Perunding

Pastikan anda melantik perunding sekiranya anda ingin membinarumah di atas tanah sendiri.

Perunding terdiri dari pada profesional yang akan memberi khidmat nasihat serta membantu anda dalam mengurus projek pembinaan rumah idaman anda.

Mereka adalah sebagai orang perantaraan antara anda dan kontraktor. Sebagai orang tengah mereka akan menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak supaya projek berjalan dengan lancar.

Mereka terdiri daripada:

  • Arkitek
  • Jurutera Awam & Struktur
  • Juru Ukur Bahan 
  • Jurukur Tanah
  • Jurutera Mekanikal & Elektrikal (optional)

Langkah #4

Design Rumah

Proses rekabentuk adalah proses yang paling menyeronokan dalam keseluruhan proses. Oleh kerana anda membina rumah di atas tanah sendiri anda bebas untuk merekabentuk design rumah mengikut citarasa anda.

Proses ini sangat penting sebarang kesilapan ketika ini boleh menyebabkan kegagalan projek rumah idaman anda. Walaupun rumah ini akan direkabentuk menikut citarasa anda, ia mestilah dibantu oleh arkitek bagi mengelakan sebarang kegagalan dari funsi dan yang paling teruk tidak mendapat kelulusan pelan.

Setelah rekabentuk tersebut mendapat kelulusan anda, jurutera Awam & struktur akan menyediakan lukisan struktur manakala jurutera mekanikal & elektikal akan meyediakan pelan berkaitan untuk langkah seterusnya.

Langkah #5

Kelulusan Pelan

Setiap projek pembinaan rumah adalah wajib mendapatkan kelulusan PBT. Proses ini akan diuruskan oleh Arkitek anda dibantu oleh pasukan perunding yang lain.

Mereka hendaklah merekabentuk dan membina rumah anda mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam serta mengikut keperluan PBT tempat anda.

Ini adalah bertujuan untuk menghasilkan rekaan rumah yang kukuh & selamat.

Artikel Berkaitan

Elementor #26898

Lantai SPC: Pilihan Terbaik untuk Rumah Anda Lantai SPC (Solid Polymer Composite) kini menjadi pilihan utama di Malaysia. Ia menawarkan ketahanan, keindahan, dan kemudahan pemasangan.

Read More »

Kami terbuka, berkolaborasi, dan menggunakan pengalaman kolektif, reka bentuk dan kepakaran teknikal kami untuk merekabentuk senibina yang bermakna dan menarik untuk semua medium.

Kami merangkul cabaran baru dengan hati terbuka, rasa lapar untuk belajar, dan semangat untuk menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan.

Popular Post

Your Ads Here

Want to put your ads contact us

Compare listings

Compare