Kami memahami membina rumah adalah pelaburan yang besar yang kita akan lakukan. Oleh itu ia haruslah dilindungi dengan jaminan kami.
Rumah dah siap tapi rosak sana rosak sini. bila call kontraktor cakap nak datang minggu depan tapi tak sampai-sampai. Masuk 1 bulan call kontraktor dia ckp dia hantar budak sekarang tp budak dia dah masuk 2 bulan tak sampai-sampai.
Masuk bulan ke 3 anda pun mengamuk dia ckp dia dtg sekarang tp sama juga tak sampai-sampai pastu anda call sekali kena block tak pun nombor yang anda hubungi telah ditamatkan perkhidmatan. Cukup 1 tahun warranty pun tamat nak saman kita plak tak sanggup turun naik mahkamah. Alih-alih terpaksa redha ajer la.
Benda nie dah semakin kerap kita dengar sekarang. Kontraktor yang semakin hari semakin ramai dan perangai pun ade pelbagai. Tetapi bukan semua kontraktor seperti ini ada ramai yang bagus di luar sana cuma kalau nasib anda tidak baik mungkin ada akan berhadapan dengan kontraktor yang seperti ini.
Di Riashomes kami memahami masalah anda. Membina rumah memerlukan pelaburan yang besar dalam hidup ini. Ia bukan soal besar atau kecil sesebuah rumah ia adalah tentang kepuasan diri dalam memenuhi impian keluarga. Selain itu rumah bukan hanya sebagai tempat berteduh tetapi tempat dimana kita sekeluarga berkongsi kenangan bersama.
Sebagai kontraktor sehebat mana pun kontraktor itu tidak dapat dinafikan kadang-kadang akan berlaku masalah kecacatan rumah ini. Ia adalah perkara yang agak normal tetapi walau bagaimanapun kami cuba mengelak sebaik mungkin untuk tidak melakukan sebarang kecacatan pada rumah tersebut apatah lagi kerosakan total seperti kegagalan struktur.
Terdapat pelbagai masalah yang mungkin terjadi sama ada anda boleh nampak secara langsung mahupun kerosakan yang muncul selepas anda menduduki rumah tersebut. Sebagai pelanggan anda hendaklah memantau masalah rumah anda untuk 12 bulan dan melaporkan kepada kontraktor.
Masalah yang sering terjadi selepas rumah siap.
Oleh kerana kami tahu kami sebagai manusia tidaklah sempurna maka kami tawarkan anda dengan
Kami akan bertanggungjawab keatas kerosakan yang terjadi akibat dari kecuaian kami
Kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah anda dalam masa 30 hari dari tarikh anda membuat laporan kerosakan kepada kami.
Kenapa kami yakin dengan produk kami?
Ini kerana kami telah mengambil beberapa langkah yang untuk mengelakan kerosakan & kecacatan rumah anda.
Di Riashomes kami percaya rumah yang dibina perlulah berkualiti dan mampu mengharungi masa yang panjang. Ini kerana rumah adalah benda yang kita tinggalkan apabila kita sudah tiada didunia ini untuk keluarga kita serta anak cucu kita. Mungkin mereka tidak pernah melihat anda sepanjang hidup mereka tetapi mereka akan tetap memanggil rumah atuk atau rumah pusaka.
Kami merasakan ini adalah jalan terbaik bagi memastikan pelanggan kami mendapat hasil kerja yang terbaik dari kami. Kami percaya pelanggan kami adalah jurujual terbaik kami. Kami percaya sekiranya pelanggan kami gembira pasti kami akan gembira dimana kami yakin kami berada di landasan yang betul dalam memenuhi impian rakyat malaysia.
Kami terbuka, berkolaborasi, dan menggunakan pengalaman kolektif, reka bentuk dan kepakaran teknikal kami untuk merekabentuk senibina yang bermakna dan menarik untuk semua medium.
Kami merangkul cabaran baru dengan hati terbuka, rasa lapar untuk belajar, dan semangat untuk menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan.
Kami sedia membantu anda membina rumah idaman anda, Hubungilah kami sekarang.
Hubungi kami sekarang...
Compare listings
ComparePlease enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.