Kontrak ‘ design and build’ atau ‘reka dan bina’ bermaksud projek yang diurus oleh 1 pihak yang dilantik secara terus. Mereka akan menyediakan rekabentu dan seterusnya melaksanakan pembinaan rumah anda.
Anda pasti pernah dengar perkataan kontraktor design & build. Secara amnya ini bermaksud kontraktor yang mengetuai pembinaan. Kebiasaannya mereka lebih mengutamakan pengurusan pembinaan yang mudah untuk diurus.
Selain itu ada juga kontraktor yang mempunyai in-house pelukis pelan untuk merekabentuk rumah anda dimana mereka telah menyediakan pelan yang ready made untuk anda pilih atau membuat perubahan mengikut selera anda.
Kedua-dua kontraktor ini kurang dalam penekananan terhadap rekabentuk.
Anda pasti pernah dengar perkataan kontraktor design & build. Secara amnya ini bermaksud kontraktor yang mengetuai pembinaan. Kontraktor tersebut mengupah pelukis pelan atau designer rumah untuk merekabentuk rumah anda dan mendapatkan pelukis pelan berdaftar atau arkitek berdaftar untuk menandatangani pelan bangunan yang mereka yang telah dilukis oleh mereka..
Mana kala Arkitek design & build ialah arkitek yang berdaftar yang mengetuai pasukan pembinaan dalam pembinaan rumah anda. Mereka yang membuat keputusan dalam setiap langkah pembinaan anda. Dan kebiasaannya rekabentuk yang menawan menjadi objektif mereka disamping kualiti kerja yang kemas.
Konsisten dalam visi rekabentuk
Setiap arkitek yang merekabentuk mahukan apa yang di Berbeza pula dengan arkitek reka dan bina dimana yang direka pastilah boleh dibina kerana keseluruan pasukan pembinaan ade bersama arkitek ketika rekabentuk untuk menasihati sesama sendiri.
Design secara holistik
Arkitek akan mereka bentuk rumah anda dari dalam hingga keluar sebelum mengeluarkan harga. Anda akan dihidangkan dengan pilihan material dan sample yang digunakan oleh arkitek untuk jadual kemasan rumah anda dan akan dibina seperti apa yg dilihat.
Maklumat selengkap ini amat penting dalam pembinaan. Ini dapat mengelakan anda tertanya-tanya bagaimana rupa kemasan rumah anda apabila sudah siap.
Harga dapat ditentukan lebih awal.
Sekiranya anda menggunakan arkitek led design harga rumah anda dapat ditentukan lebih awal ini kerana apabila rekabentuk telah dihasilkan dan telah dipersetujui oleh anda, arkitek dapat mengira kos pembinaan rumah dengan pasukan pembinaan berbanding dengan anda mengupah arkitek dan kemudian anda terpaksa menender projek itu untuk mendapat harga.
Tiada perbalahan
Perkara seperti ini tidak asing lagi dalam pembinaan. Oleh kerana arkitek mengetuai pasukan pembinaannya sendiri maka sebarang masalah dapat diselesaikan secara dalaman. Klien hanya perlu mendengar 1 pihak sahaja dan yang penting projek pembinaan rumah idamannya dapat disiapkan tanpa masalah yang boleh melambatkan kesiapan projek
Mengurangkan kesilapan.
Masalah pembinaan dapat dikurangkan kerana pasukan pembinaan akan bekerjsama dengan arkitek dalam memberikan input berkenaan pembinaan dari sudut penjimatan kos manakala arkitek akan menyelesaikan masalah rekabentuk yang sukar untuk dibina oleh kontraktor. Perkara ini boleh dilakukan lebih awal di peringkat rekabentuk lagi.
Kurang perubahan
Kita tidak bercakap perubahan yang terjadi sekiranya klien yang ingin membuat perubahan tapi perubahan akibat daripada kegagalan kontraktor untuk membina kerana kurang pengetahuan dan pengalaman atau arkitek tersalah melukis pelan dan mempunyai kesilapan spesifikasi yang disebabkan kecuaian arkitek sendiri. Perkara ini dapat diatasi sekiranya mereka bekerja di bawah satu bumbung.
Kawalan sepenuhnya
Pasukan pembinaan yang diketuai oleh arkitek mempunyai kawalan sepenuhnya dan dapat memberikan hasil yang tepat. Toleransi dan ketepatan dapat dirancang ke dalam projek dari awal perincian pelan. Sub kontraktor dapat dipilih untuk kepakaran mereka dalam komponen penting dalam reka bentuk. Pengawalan kos dirancang dari hari pertama.
Rakan yang terbaik
Akhirnya di penghujung hari, samada anda bergembira dengan rumah anda atau anda sedang dilanda masalah anda tetap mempunyai sebuah rumah. Arkitek yang membina adalah orang yang kreatif dan berlandaskan undang-undang dalam melakukan kerjanya. Secara definasi arkitek adalah kepribadian yang baik, terpelajar, agak obsesif yang mungkin anda sukai. Kehidupan ini terlalu pendek untuk bekerja dengan orang yang anda tidak sukai sekiranya anda boleh memilihnya.
Kami terbuka, berkolaborasi, dan menggunakan pengalaman kolektif, reka bentuk dan kepakaran teknikal kami untuk merekabentuk senibina yang bermakna dan menarik untuk semua medium.
Kami merangkul cabaran baru dengan hati terbuka, rasa lapar untuk belajar, dan semangat untuk menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan.
Kami sedia membantu anda membina rumah idaman anda, Hubungilah kami sekarang.
Hubungi kami sekarang...
Compare listings
ComparePlease enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.