9 Kesilapan Renovation Rumah Yang Anda Harus Elakan

Tahniah kerana akhirnya anda bersedia untuk membina rumah kediaman anda. Dengan pelaburan yang besar ini anda haruslah memastikan pembinaan rumah anda berjalan lancar. Sekiranya anda pertama kali membuat renovasi rumah pastikan anda bersedia dengan sebarang kemungkinan masalah yang anda akan hadapi. berikut adalah 12 kesalahan yang anda harus elakan ketika membuat renovasi rumah.

  • Mendapatkan kelulusan pelan dari PBT
  • Tidak mempunyai rancangan kerja
  • Tidak merancang mengikut cuaca di Malaysia
  • Terlupa tempat simpanan sementara
  • Duduk di rumah dalam pembinaan
  • Menukar rancangan asal
  • Terlupa perbelanjaan luar jangka
  • Terlupa bilik air
  • Salah letak tingkap

Masalah #1

Tidak Mendapat Kelulusan Dari PBT

Sebelum anda memulakan pembinaan pastikan anda membuat permohan untuk mengubahsuai rumah anda dengan PBT di kawasan anda. Untuk mendapatkan kelulusan anda hendaklah menggunakan khidmat pelukis pelan atau arkitek untuk menyediakan dokumen yang diperlukan oleh PBT. Selain itu pelan-pelan itu hendaklah di sahkan oleh pelukis pelan berdaftar atau arkitek bagi memastikan binaan itu mengikut spesifikasi dan keperluan pihak PBT.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakan pembinaan rumah anda diarahkan untuk berhenti kerja dan di kenakan denda.

Masalah #2

Tidak Mempunyai Rancangan Kerja

Rancangan kerja yang bagus adalah kunci dalam projek ubahsuai rumah. Ini kerana sekiranya anda tahu apa yang bakal berlaku anda boleh menyediakan keluarga anda semasa kerja-kerja yang boleh mengangu mental dan kecederaan fizikal kepada keluarga anda. Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan anda boleh merancang dalam memastikan mereka tidak berada di tapak semasa kerja-kerja hacking dan drilling yang bising serta berhabuk yang boleh  membuatkan anda berasa sangat stress.

Masalah #3

Tidak Merancang Mengikut Cuaca Malaysia

Anda kena ingat dekat malaysia nie menerima taburan hujan yang tinggi sekitar bulan November hingga Januari. Elakan buat renovation yang melibatkan penambahan tinggi rumah atau bumbung. Ini akan menyebabkan rumah anda menjadi taman tema air terbesar di taman  perumahan anda.

Kontraktor anda mungkin mencadangkan anda untuk memasang kanvas bagi menutup bahagian bumbung tapi percayalah kalau dengan tiupan angin dan air hujan tak mampu kanvas biru tu mampu bertahan.

Akibat dari pada kemasukan air ini mungkin anda akan menghadapi kerugian yang besar seperti kerosakan perabot, kemasan lantai yang menggunakan kayu serta dinding yang boleh menyebabkan berkulat atau terkopek dan yang paling parah rumah jiran anda juga akan terjejas sekiranya rumah anda adalah rumah teres.

Masalah #4

Terlupa Tempat Simpanan Sementara

Pastikan anda ada perancangan dalam membuat tempat penyimpanan sementara. Sekiranya renovation rumah anda melibatkan meroboh dinding yang pasti akan menghasilkan banyak habuk serta serpihan batu yang akan terpelanting mahupun percikan simen yang basah. Pastikan barangan yang sensitif kepada habuk atau yang mudah pecah disimpan di dalam stor sementara . Ini dapat mengelakan kerosakan yang akan menambah kos anda di masa hadapan.

Masalah #5

Duduk Di Rumah Dalam Pembinaan

Duduk di rumah yang sedang di renovasi adalah amat tidak tenteram dengan keadaan yang bersepah dan berhabuk. Ia bergantung kepada brapa besar renovasi yang anda lakukan tetapi jangan sesekali memandang rendah keadaan rumah yang sedang direnovasi lebih-lebih lagi renovasi yang melibatkan kedua-dua tingkat atas dan bawah.

Seeloknya sewalah rumah lain atau tumpang di rumah saudara yang berhampiran dengan rumah anda.

Masalah #6

Menukar Rancangan Asal

Elakan membuat penukaran sebaik sahaja pembinaan dimulakan. Sebaiknya anda mengenal pasti masalah rumah anda lebih awal dan cuba buat perancangan yang terperinci bagi mengatasi masalah rumah anda. Luangkan masa dalam merekabentuk semasa di atas kertas kerana perubahan dalam pembinaan mungkin akan melibatkan kos dan masa serta dalam sesetengah keadaan akan menjejaskan hasilkerja dan kualiti binaan.

Masalah #7

Perbelanjaan Luar Jangka

Dapatkan sebutharga yang tepat dan bukannya anggaran dari kontraktor anda. Pastikan anda mempunyai dana luar jangka sekitar 10%-20% supaya anda mempunyai ruang untuk bernafas sekiranya ada perkara luar janka berlaku seperti kenaikan harga.

Masalah #8

Lupa Bilik Air

Sekiranaya anda menambah bilik. Pastikan anda tidak terlupa untuk menambah bilik air atau sekurang-kurangnya bilik untuk mandi. Anda kene faham  sekiranya anda menambah bilik secara automatiknya jumlak kapasiti rumah juga akan bertambah. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 3 bilik anda memerlukan lebih dari 1 bilik air untuk menampung kapasiti penghuni rumah anda.

Masalah #9

Kesilapan Perletakan Tingkap

Sekiranya anda membuat extension untuk rumah teres, anda harus faham lebih jauh anda tarik ke belakang atau kehadapan jumlah cahaya akan semakin berkurangan di bahagian tengah.

Pastikan anda tidak memasang tingkap di bahagian sisi rumah yang menghadap jiran anda. Ini akan menyebabkan tingkap anda mungkin tidak dapat dibuka sekiranya jiran anda juga akan membuat extension seperti rumah anda.

Artikel Berkaitan

Elementor #26898

Lantai SPC: Pilihan Terbaik untuk Rumah Anda Lantai SPC (Solid Polymer Composite) kini menjadi pilihan utama di Malaysia. Ia menawarkan ketahanan, keindahan, dan kemudahan pemasangan.

Read More »

Kami terbuka, berkolaborasi, dan menggunakan pengalaman kolektif, reka bentuk dan kepakaran teknikal kami untuk merekabentuk senibina yang bermakna dan menarik untuk semua medium.

Kami merangkul cabaran baru dengan hati terbuka, rasa lapar untuk belajar, dan semangat untuk menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan.

Popular Post

Your Ads Here

Want to put your ads contact us

Compare listings

Compare