Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Klasik

Koleksi Design Rumah Untuk Penjawat Awam

Kajian Kes

Koleksi yang direka khas untuk pemasaran Pekej Tanah & Rumah oleh Quastma Sdn. Bhd.

Quastma Sdn Bhd adalah sykt pembinaan dan pemaju hartanah yang berpusat di Kuala Lumpur dan memajukan perumahan di Terrengganu. Oleh kerana pasaran semasa tanah di Terenganu agak perlahan maka mereka bercadang untuk membuat rumah dan di pakejkan dengan tanah bagi menarik minat para pejawat awam yang boleh membuat pinjaman LPPSA.

Share This
CABARAN
Mengenalpasti bakal pelanggan Quastma dan latarbelakang mereka supaya kami dapat mensasarkan dengan tepat pelanggan Quastma. Menyediakan rekabentuk yang mampu dimiliki bagi golongan bersasar di sasarkan.
HASIL KERJA

Kami menghasilkan 3 susunatur pelan lantai dari 800sqft hingga 2500sqft. Dari 3 pelan lantai ini kami hasilkan 3 jenis facade bangunan yang terdiri dari pada rekabentuk modern, kontemporary dan klasik. Ini dapat memudahkan pelanggan Quastma membuat pilihan yang mereka suka megikut bajet mereka. Mereka juga boleh membuat perubahan kecil pelan ini supaya ia menepati keperluan keluarga mereka

SKOP KERJA

Menyediakan Brief Projek
Merekabentuk Rumah
Menyediakan 3D Perspective Halus
Menyediakan Pemilihan Skema Warna
Membantu Dalam Pemilihan Kemasan
Menyediakan Brochure Pemasaran

Pemajuan Idea

01. Strategi

Kami membuat carian berkenaan pelanggan sasaran iaitu penjawat awam yang ingin membuat rumah menggunakan loan LPPSA. Apa yang kami cuba capai ialah memaksimumkan kebarangkalian pelanggan untuk membeli lebih tinggi. Setelah membuat kajian pasaran kami cuba membina profile pelanggan sasaran yang terdiri dari pelbagai sektor. Kami mengambilkira faktor umur, tahun berkhidmat dan pendapatan pelanggan. Dari maklumat ini kami bangunkan brief untuk projek ini.

02. Hasil Carian

Dari sini kami memahami harga rumah yang sesuai untuk dibina untuk penjawat awam berumur 25-35 tahun yang ingin membuat pinjaman perumahan kali pertama menggunakan pinjaman dari LPPSA ialah bermula dari Rm 200,000.00. Kami mengangarkan kemampuan pinjaman bagi 10 tahun berkhidmat sekitar Rm 450,000.00 bagi kebanyakan penjawat awam.

Dari segi rekabentuk kami merasakan kebanyakan mereka yang akan membeli rumah ini terdiri daripada mereka yang berkahwin dan mempunyai 1-4 orang anak yang masih bersekolah atau ke taska. 

02. Pakej Rumah

Hasil dari brief itu kami merebentuk rumah yang terdiri dari pada 3 pelan lantai di mana pelan lantai itu terdiri dari pada pelan lantai 3 bilik 4 bilik dan 5 bilik. Untuk memenuhi citarasa pelanggan kami rekabentuk 3 jenis style facade rumah iaitu klasik, kontemporari, & modern. 

Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Kontemporari
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Kontemporari
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Klasik
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Klasik
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Modern
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Modern
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Kontemporari
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Klasik
Design Rumah Idaman Banglo 1 Tingkat Konsep Modern

Hasil dari perkhidmatan ini

Kami berharap anda seronok membaca blog ini.

Kami sedia membantu anda membina rumah idaman anda, Hubungilah kami sekarang.

Ingin membina rumah ?

Hubungi kami sekarang...

Compare listings

Compare