
Colonial Vernacular House
Kajian Kes
Rumah persaraan ala resort di kampung halaman mampu memberi ketenangan.
En Annuar adalah pegawai kerajaan yang ingin membina rumah untuk memenuhi keperluan hari-hari persaraan beliau. Buat masa ini beliau tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan kepada isteri beliau yang juga merupakan penjawat awam.
Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki yang masih bujang dan seorang perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Selain itu beliau juga menjaga ibu mertua beliau yang sedang uzur. Oleh kerana itu rumah ini akan selalu dikunjungi oleh saudara mara sekiranya ibu mertua beliau berada dirumahnya.
Share This
Cabaran
Ketenangan pada setiap orang adalah perkara yang berbeza untuk mendalami maksud ketenangan yang dimaksukan oleh En Annuar.
Rumah ini mestilah mampu memuatkan 3 orang anak 2 lelaki yang masih bujang dan seorang perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan ibu mertua beliau yang uzur.
Hasil
Kami mengetengahkan rekabentuk rumah ala resort. Rumah ini juga mempunyai balcony yang agak luas untuk beristirehat sambil menikmati sarapan diwaktu pagi yang juga digunakan untuk cucu beliau bermain. Selain itu terdapat juga bilik rawatan khusus untuk ibu mertua beliau dilengkapi bilik air OKU ditingkat bawah. Rumah ini juga mempunyai ruang BBQ di luar rumah kerana saudara mara akan datang kerumah beliau sekiranya ibu mertua beliau berada dirumah.
Skop Kerja
Menyediakan Brief Projek
Merekabentuk Rumah
Menyediakan 3D Perspective Halus
Menyediakan Pemilihan Skema Warna
Membantu Dalam Pemilihan Kemasan
Menyediakan Lukisan Arkitek
Menyediakan Dokumentasi Submission Ke PBT
Menyediakan Dokumen Tender
Membantu dalam pemilihan Kontraktor.
Mengawal selia proses pembinaan.
Mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CCC)
Pemajuan Idea
01. Konsep Idea

Kami percaya kepada rasa ketenangan ialah apabila kita pergi bercuti bersama keluarga ini kerana apa bila kita pergi bercuti kita akan melupakan sementara hal-hal kerja. Oleh sebab itu kami membawa idea rekabentuk resort tropikal kedalam sebagai asas kepada rekabentuk rumah ini.
02. Program Susunatur Ruang

Program Ruang Rumah Aras 1

Program Ruang Rumah Aras 2
03. Element Rekabentuk

Kami menggunakan gabungan rekabentuk colonial ditingkat bawah dan rekabentuk rumah melayu yang selalu terdapat pada resort-resort di malaysia di bahagian atas. Dan kami namakan ia BRITISH-MALAYA HOUSE.
Kami memilih rekabentuk ini kerana ia amat sesuai dengan suasana tapak serta mampu memberi rasa tenang dan nyaman kepada pemiliknya.
04. Ciri-ciri ruang khas
Rumah ini direka mempunyai balcony yang agak luas di tingkat atas yang digunakan sebagai ruang untuk bersantai dan bermain bagi anak cucu beliau terutamanya apa bila mereka pulang bercuti. ruang ini juga digunakan sebagai penghalang cahaya matahari dari terus terkena pada dinding bilik tidur bagi mengurangkan suhu kepanasan matahari ptg.
Di tingkat bawah terdapat sebuah bilik rawatan yang akan digunakan oleh ibu mertua beliau yang sedang uzur. Bilik ini dilengkapi dengan bilik air untuk orang kurang upaya serta di lengkapi sliding door kayu yang boleh dibuka sekiranya ada pelawat. Ruang ini juga akan digunakan sebagai surau untuk masa yang akan datang.
Menurut beliau rumah mereka selalu di kunjungi adik beradik beliau dan mereka selalu mengadakan bbq. Jadi oleh itu kami sediakan ruang makan di bahagian luar dan dilengkapi taman dan kolam ikan yang mampu memberikan rasa ketenangan kepada mereka yang berada dikawasan ini
Hasil dari perkhidmatan ini
- Membantu klien & keluarga mereka bersama-sama membangunkan rekabentuk rumah idaman mereka disamping memberi khidmat nasihat kepada klien dalam membuat keputusan jangka pendek mahupun jangka panjang dalam pembinaan rumah mereka.
- Menghasilkan rekabentuk rumah 4 bilik tidur & 4 bilik air dan juga bilik rawatan untuk bilik ibumertua beliau.
- Menyediakan 3d perspektif halus (realistic), pilihan skema warna rumah bagi memudahkan klien membuat keputusan berkaitan kemasan & warna dengan tepat.
- Menyediakan Pelan submission ke PBT bagi mendapatkan kelulusan untuk membina rumah.
- Menyediakan Pelan Tender bagi memudahkan klien membuat perbandingan harga dari kontraktor mahupun tukang serta mendapatkan harga terbaik dari mereka.
- Menyediakan Pelan Pembinaan bagi memudahkan kontraktor atau tukang untuk membina rumah.
- Kami membantu klien dalam menemuramah dan pemilihan kontraktor


